

Production
Script

I worked on three different productions. Each of the productions has three different stories and styles of directing. It is all about mental health issues. The reason we bring up the issue is because recently many cases happened in this country. Here is the script for the three productions that I have been working on as documentation units.

Teater “J.O.T” arahan Encik Azri Bin Ali – Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bergelut dengan tekanan peredaran masa dan peningkatan ekonomi. Kavitha, ibu kepada tiga orang anak memerah segala kudrat menjaja jualan kuih di sekitar kampung demi nasi yang mahu disuapkan kepada anak dan suaminya, Taufik. Kavitha tetap tabah walau anak sulung lelakinya Jojot tergolong dari anak syurga, dia bersyukur yang anak perempuan keduanya masih kekal disisi membantunya selepas anak bongsunya Aishah lari meninggalkan mereka. Taufik, yang dulunya menjadi batu loncatan dan sandaran Kavitha akhirnya menjadi duri dalam daging dan api dalam sekam yang memberi derita kepada mereka sekeluarga. Tahi judi dan kaki mabuk merupakan gelaran suaminya itu. Namun orang kampung tidak sedar bahawa mengawini Taufik menyeksa batin serta zahir Kavitha. Tetapi, atas dasar ingin terus menyara anak yang disayangi. Kavitha kekal berdiri walau longlai, dan terkadang dadanya mahu berhenti berdegup, nafasnya mahu berhenti dari terus berhirup. Didalam keperitan tanpa kasih sayang, tanpa kestabilan wang dan perhatian yang tiada tampak sinar penghujung bagi Kavitha, hadir pula rakan durjana Taufik, si Nuel. Pelbagai plot dirancang dan pujuk rayu diguna pakai. Taufik yang bagai anjing yang disepit kakinya oleh Nuel tiada pilihan selain mengorbankan segala yang dipinta oleh Nuel asalkan kakinya bisa terlepas dari terus tersepit dalam. Tanpa rasionalisasi, Taufik bertindak tanpa berfikir waras dan menyesal di penghujung nyawa. Kavitha yang dulunya berasa tiada lagi udara baru yang boleh dia hirup kini akhirnya terlepas dari rantaian yang menjadi rentetan hidupnya. Namun, setiap kebebasan ada bayaran yang harus dikorbankan.
Synopsis
J.O.T
Written and Directed by Encik Azri Bin Ali

HIDE
Director: Sharon Syarafina
Synopsis
Teater “HIDE” arahan Puan Syarafina Binti Abdullah - Mengisahkan cerita tentang kesihatan yang diperolehi daripada remaja-remaja pada masa kini. Kesihatan mental amatlah penting dan memberi pengaruh kepada pemikiran remaja-remaja masa ini dari segi tindakan, rasa, keputusan, dan interaksi dengan orang lain. Kejadian sebegini berlaku kepada 11 orang anak muda yang pergi ke program yang dikenali sebagai “Support Group”. Dalam perbincangan mereka itulah, berlakunya luahan isi hati dan kisah lampau yang dirasai, dialami, dan dihantui dalam kehidupan masing-masing sejak dari memori silam mereka semasa kecik lagi. Mereka adalah golongan yang berjuang menjalani kehidupan mereka dengan harmoni dan normal. Apa yang mereka ini cari adalah kehidupan yang tenang seperti orang lain di luar sana. Mereka berkongsi dan bercerita mengenai pengalaman pahit dan kejadian buruk yang menimpa diri mereka sepanjang kehidupan namun mereka juga memberikan cara untuk mereka kekal hidup sehingga kini walaupun ianya mengambil masa yang lama. Walaupun cabaran besar yang dihadapi mereka adalah sukar dan suram, namun kisah cerita yang mereka kongsikan adalah berbeza. Walau bagaimanapun, mereka percaya bahawa fikiran mereka semua sama sahaja jawapannya, iaitu tiada siapa yang menyayangi mereka

OBSES
Written and Directed by Encik Madzlan Bin Abet
Teater “Obses!” arahan Encik Madzlan Bin Abet - Mengisahkan tentang masyarakat yang obses untuk cantik. Masyarakat tersebut sanggup berbuat apa sahaja untuk cantik sehinggakan sanggup membuat pembedahan, membeli produk-produk kecantikkan, ubat-ubat kuat dan sebagainya. Isu yang terjadi didalam Obses! ini telah berlaku sejak zaman dahulu lagi dimana terdapat segelintir masyarakat lebih-lebih lagi kaum wanita yang sanggup menggunakan susuk semata-mata untuk cantik tanpa memikirkan kesan yang akan mereka dapat dikemudian hari. Isu-isu tersebut masih dapat dilihat pada zaman teknologi moden sekarang dimana produkproduk tersebut boleh didapatkan dengan mudah di media sosial. Obses! juga menceritakan tentang Jantan Ikmal Hashim Galak Ferhad Embong Cheng Bolly yang merupakan usahawan produkkecantikkan untuk wanita dan ubat- ubat kuat untuk kaum lelaki. Terdapat pembelipembeli setianya seperti B, C, dan D yang percaya dengan produk-produk kecantikkan mahal melampau Jantan Ikmal Hashim Galak Ferhad Cheng Bolly tersebut. Isu seterusnya yang diketengahkan didalam Obses! adalah kepercayaan masyarakat kepada bomoh atau dukun apabila mempunyai masalah rumah tangga dan sebagainya. Ini dapat dilihat apabila Alissya Barcelona Chenta Delisya Elisya Farhana Gah Herm Ish Ish Ish membawa kenalan-kenalannya iaitu Kemboja Izaty, Melur Nur Imanni, dan Anggerik Sofea menghadap dua orang bomoh. Dua orang bomoh tersebut iaitu Duk Manisha Irama Adiratna dan Kun Arora Lydia Puspa diminta untuk tolong menyelesaikan masalah mereka dengan suami masing- masing. Pembantu bomoh-bomoh tersebut iaitu Enchom Endong membawa tetamu mereka. Didalam Obses! yang menceritakan tentang isu obses dengan kecantikkan dan kekuatan batin lelaki ini, terdapat isu lain iaitu poligami dimana 3 tetamu yang menghadap 2 orang bomoh tersebut merupakan madu-madu yang berkongsi suami dan salah seorang bomoh iaitu Duk Manisha Irama Adiratna juga merupakan madu mereka. Ini turut membuktikan bahawa ketiga-tiga isteri tersebut telah ditipu mentahmentah oleh orang yang dipanggil “bomoh” sedangkan mereka merupakan sekumpulan kawan yang hanya berlakon demi kepuasan dan penipuan si suami.
Synopsis