top of page
Script Analysis.png

Pembentang

4.png

Norsyahida Binti Salaini

Tajuk tesis: Kerencaman watak Dan perwatakan Medea dalam skrip Medea

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kerencaman watak dan perwatakan Medea dalam skripMedea karya Euripides. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif melalui pendekatan teori resepsi Wolfgang Iser. Kajian naskah ini melihat kepada aspek kerencaman watak dan perwatakan Medea yang berkaitan dengan isu wanita pada masa kini. Hasil dapatan menunjukkan skrip ini mengupas tiga isu utama iaitu poligami, kekeluargaan, dan pengorbanan. Isu yang ditengahkkan adalah masih relevan dengan masyarakat kini.
 

Penyelia:
Encik Madzlan bin Abet

Script Analysis.png
5.png

Rosalinda

Tajuk Tesis: Kajian Struktur Dramatik dalam Naskah Bukan Lalang Ditiup angin

Abstrak: Kajian ini menganalisis penerapan enam elemen dramatik Aristotle dalam naskah Bukan Lalang Ditiup Angin (1970) karya Noordin Hassan, iaitu plot, watak, tema, muzik, bahasa dan unsur kekaguman. Melalui pendekatan kualitatif dan analisis teks, kajian ini meneliti bagaimana elemenelemen ini memperkaya pengalaman estetik penonton. Naskah ini bersifat eksperimental, menggabungkan elemen tradisional Melayu dengan gaya moden, dan membawa tema keagamaan serta isu sosial. Kajian ini membuktikan bahawa struktur dramatik Aristotle diaplikasikan secara kreatif, seterusnya memperkukuh penyampaian tema dan nilai seni dalam teater Melayu.

Penyelia:
Dr. Nur Qasdina Jeeta binti Abdullah

Script Analysis.png

Naina Binti Saudi

Tajuk Tesis: HANG LI PO DALAM NASKAH TEATER MUZIKAL PUTERI HANG 
LI PO KARYA RAHAMIDIN ZAHARI ARAHAN AZWANDI SAINI 
(2024)

6.png

Abstrak:Muzikal Puteri Hang Li Po karya Rahimidin Zahari, arahan Azwandi Saini (2024) dikaji dengan mengaplikasikan teori Egri Lajos Three Dimensional of characters in its fundamental structure: The Bone Structure yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu psikologi, sosiologi, dan fisiologi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menganalisis dan menghuraikan watakperwatakan protagonis iaitu Puteri Hang Li Po. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teori Egri Lajos (1964) mempunyai struktur menyeluruh dalam mengkaji sesebuah watak

Penyelia:
Puan Syarafina binti Abdullah

Script Analysis.png
7.png

Dawson Imang

Tajuk Tesis: Struktur Dramatik Dalam Skrip Ayam Jantan Ayam  Betina (1974) karya Malina Manja

Abstrak: Kajian ini menganalisis struktur dramatik naskah Ayam Jantan Ayam Betina (1973) karya Malina Manja, sebuah komedi yang telah dipentaskan lima kali termasuk di UNIMAS. Menggunakan teori enam elemen Aristotle—plot, tema, watak, bahasa, muzik, dan unsur kekaguman. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif melalui kaedah kajian perpustakaan. Data dikumpul daripada bahan bercetak dan digital. Dapatan menunjukkan bahawa Malina Manja menyampaikan isu kemasyarakatan melalui dialog yang kaya dengan simbolisme dan makna sosial. Kajian ini menawarkan perspektif baharu terhadap struktur dramatik naskah tersebut yang belum pernah dikaji sebelum ini.

Penyelia:
Dr. Nur Qasdina Jeeta binti Abdullah

Script Analysis.png

Dannabelle

Tajuk Tesis: Paat dalam Naskah Drama Pentas Teh Tarik karya Khalid Salleh (2002)

Abstrak: Kajian ini menggunakan teori Psikonalisis Sigmund Freud dalam menganalisis watak Paat dalam naskah drama pentas karya Khalid Salleh (2002). Id, Ego dan Superego adalah elemen yang digunakan untuk mengkaji watak perwatakan Paat, protagonis dalam naskah tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah analisis tekstual. Naskah Teh Tarik adalah bahan utama bagi kajian ini. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa watak perwatakan Paat dapat dianalisis dan dihuraikan melalui Id, Ego dan Superego serta mengupas konflik dalaman pada diri Paat.

Penyelia:
Puan Syarafina binti Abdullah

11.png
Script Analysis.png

Rachel

Tajuk Tesis: Kritikan sosial dalam naskah Johan Jaafar: Kotaku Oh Kotaku, Pemain dan Dia.

Abstrak: Kajian ini menganalisis elemen kritikan sosial dalam naskah drama Johan Jaafar iaitu KotaKu Oh KotaKu (1975), Pemain (1987), dan Dia (1990) berdasarkan pendekatan teori sosiologi oleh Max Weber terhadap tema dan watak perwatakkan. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis bahan bacaan, artikel, dan sumber akademik sebagai kaedah utama pengumpulan data. Kajian inimeneliti bagaimana isu sosial dikupas untuk menyuarakan permasalahan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa penulis mengemukakan pelbagai isu permasalahan masyarakat dalam naskahnya. Penulis mengangkat isu kekeluargaan, ketidakadilan sosial, dan kerencaman ekonomi yang mencerminkan refleksi terhadap masyarakat pada zamannya. Isu-isu yang diketengahkan masih tetap relevan dalam konteks masyarakat masa kini.

9.png

Penyelia:
Encik Madzlan bin Abet

Script Analysis.png

Fahmi

Tajuk Tesis: Skrip Analisis Degup Jantungnya

Abstrak: Kajian ini bertujuan menganalisis konflik watak dan perwatakan dalam naskhah Degup Jantungnya karya Usman Awang. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan teori psikoanalisis terhadap watak dan perwatakan dalam naskah.Hasil kajian menunjukkan penggunaan psikoanalisis iaitu Id, Ego dan Superego keatas watak dan perwatakan dapat mengesan konflik yang tercetus dalam naskah. Id iaitu keinginan watak, Ego iaitu tindakan watak dan Superego iaitu situasi 
yang dihadapi oleh setiap watak telah mencetuskan konflik di dalam naskah.

Penyelia:
Encik Madzlan bin Abet

10.png
Script Analysis.png

Odilia

Tajuk Tesis: Struktur Dramatik dalam drama Nasib karya Hatta Azad Khan

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis struktur dramatik drama Nasib karya Hatta Azad Khan.Kaedah yang digunakan kaedah kualitatif iaitu analisis skrip dengan mengaplikasikan teori enam elemen Aristotle iaitu tema, plot, bunyi, watak, bahasa dan unsur kekaguman . Hasil dapatan menunjukan naskah ini mengangatkan isu kemasyarakatan sebagai tema utama, plot liner, bunyi rhythm yang cepat, gaya bahasa sinkof, ironi serta perulangan dan watak yang memainkan watak anatagonis dan protagonis .

Penyelia:
Encik Madzlan bin Abet

8.png
bottom of page