top of page
Script Analysis.png

Poster untuk Seminar

Ini merupakan tiga draf poster yang dibuat untuk seminar Cerita di Sebalik Pentas yang sebahagian daripada  GKD3154 Seminar Drama dan Teater. Setiap reka bentuk mempersembahkan gaya visual, reka letak dan susunan kandungan yang berbeza bertujuan untuk mempromosikan seminar kita secara berkesan. Perbandingan ini dibuat untuk menentukan poster yang paling sesuai untuk kegunaan rasmi seminar kami.

8.png

Poster pertama menggunakan pendekatan skala kelabu dan minimalis. Versi pertama ini tidak mempunyai maklumat lengkap, seperti nama penuh tempat dan kod pakaian.

13.png

Poster kedua ini pula berkongsikan reka bentuk yang berbeza dengan yang pertama tetapi menyenaraikan rangka masa yang panjang dari 2:30 petang hingga 10:00 malam, yang mungkin mengelirukan peserta seminar.

5.png

Poster ketiga ini menjelaskan tarikan visual dan ketepatan yang terbaik. Ia menyampaikan butiran penting dengan berkesan sambil mengekalkan identiti reka bentuk yang kukuh, menjadikannya pilihan terbaik untuk promosi rasmi seminar kami.

bottom of page